Friday, October 8, 2010

bab 3 perniagaan dan keusahawanan






BAB 3
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


NAMA:MUHAMMAD RIDHWAN BIN SODIN
GURU:PUAN ZULAIKHA BT ABDULLAH
KELAS:1 KUFAH
SUBJEK:KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU




            

ISI KANDUNGAN
                
1-PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN
2-PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN MASA
DEPANNYA
2.1-SISTEM PERNIAGAAN DAN SEKARANG
2.2-PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI
MALAYSIA
3-BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN
4-MILIKAN PERNIAGAAN
4.1-MAKSUD MILIKAN PERNIAGAAN
4.2-JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

Keperluan dan kehendak


Keperluan ialah barangan asas yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan.Antara keperluan manusia ialah pendidikan,pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.

Kehendak ialah pelengkap kepada keperluan asas supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa.Contoh kehendak manusia ialah telefon mudah alih,alat pendinging udara dan kereta mewah


PERBEZAAN ANTARA KEPERLUAN DAN KEHANDAK

Keperluan 
Kehendak
 Amat penting untuk meneruskan  hidup                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
Dikehendaki untuk keselesaan hidup
Terhad dan sama bagi semua individu
Tidak terhad dan sukar untuk dipenuhi kesemuanya
Tanpa keperluan asas,individu tidak akan dapat  meneruskan kehidupan 
Individu masih dapat maneruskan kehidupan walaupun kehendaknya tidak dipenuhi


     
           
PERNIAGAAN
Pernigaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Kepentingan perniagaan kepada Individu,Masyarakat dan Negara


Kepentingan perniagaan kepada  individu,masyarakat dan Negara adalah seperti berikut:-

1.Memenuhi keperluan dan kehendak   individu,masyarakat dan Negara
2.Membaiki taraf hidup individu dan masyarakat
3.Menyediakan peluang kerjaya
4.mengeratkan hubungan antara bangsa 

Perkembangan perniagaan berubah dari semasa ke semasa.Perubahan ini berlaku selara dengan perkembangan dalam bidang pernigaan dan kemajuan teknologi.

Sistem Perniagaan Dahulu Dan Sekarang :-
1)Sistem Barter
Pernigaan yang menukarkan barang dengan   barang yang lain untuk penuhi keperluan
a)Masalah
                 i.            kemahuan tidak serentak
               ii.            sukar tentukan nilai pertukaran
            iii.            sukar untukmembahagi sesuatu barang
            iv.            sukar untuk membawa barang ke merata-ratatempat untuk ditukar
             v.              barang mudah rosak seperti sayur,buah dan ikan

                         Contoh sistem barter
Go to fullsize image
2)Sistem Wang
Kelemahan yang timbul dalam system barter telah menyebabkan sistem wang diperkenalkan.Wang emas dan perak sukar untuk dibawa ke mana sahaja.Oleh,itu sistem wang diperkenalkan.

Wang mempunyai sifat seperti berikut:-
a)    Diterima umum
b)    Tahan lama
c)           Nilai yang stabil dan tetap
d)    Senang dikenali
e)    Mudah dibahagi
f)            Mudah dibawa
g)    Mudah disimpan
h)    Serupa dan mempunyai bentuk piawaian
i)             Sukar didapati atau diganti kerana tidak  
      boleh dibuat sendiri

                               contoh wang
http://lensahati.files.wordpress.com/2008/11/111608-0101-pengaruhnil7.jpg?w=500
3)Alat Pembayaran Perniagaan Masa Kini

a) View Image
kad kredit

Pemilik kad kredit boleh membeli barang tanpa menggunakan wang tunai.

b) http://www.shamsuriyadi.com/wp-content/uploads/2008/11/cheque.jpg
cek

Cek dikeluarkan oleh bank kepada pemegang akaun semasa.

c) Go to fullsize image
kad prabayar

kad prabayar ialah kad yang telah dibayar terledbih dahulu dengan nilai tertentu.

d) http://www.jpn.gov.my/MyKad_Website/images/kad6.png
kad pintar

kad pintar ialah kad plastik yang cilekatkan dengan sekeping cip komputer.








e) http://www.gramediaonline.com/Images/atm/klik6.gif
pembayaran elektronik [e-pay]

e-pay ialah suatu sistem pembayaran bil yang boleh dibuat di mana-mana sekiranya terdapat kemudahan internet.





4)Cara Jualan Masa Kini

a)tunai
urus niaga tunai ialah jua beli yang dilakukan secara tunai.

b)sistem barter berasaskan wang
perniagaan sistem barter pada masa kini berasaskan mata wang dan perjanjian perdagangan.Contohnya negara kita mengeksport gas asli ke Jepun untuk mendapatkan jentera berat sebagai pertukaran .


c)jualan kredit
jualan kredit membolehkan pelanggan membeli barang dan perkhidmatan dengan menangguhkan bayaran ke suatu tempoh ke suatu tempoh tertentu.

d)sewa beli
pembeli boleh menggunakan barang yang dibeli dengan hanya membayar wang pendahuluan dan menandatangani suatu perjanjian sewa beli.Pembeli akan membayar secara ansur-ansur sehingga habis baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.



e)mesin peruncit automatik
mesin peruncit automatik ialah mesin jualan tunai yang dijalankan secara automatik.Ianya diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai.
f)pesanan mel
pesanan mel ialah perniagaan yang diuruskan melalui perkhidmatan pos dan perkhimatan kurier.
g)jual melalui internet
penjual boleh menjual sesuatu barang atau perkhidmatan melalui internet.
h)prabayar
bayaran dibuat terlebih dahulun sebelum atau selepas membuat pesanan.


Perniagaan Masa Akan Datang Di Malaysia:-

Bentuk perniagaan pada masa akan datang mempunyai ciri-ciri saperti berikut:-

1.Lebih menyenangkan pelanggan

2.Lebih cepat dan tepat

3.Cara pembayaran lebih mudah



a) http://www.lam.gov.my/CIMB(7).jpg 
urus niaga melalui computer
memudahkan pengguna dalam urusan perniagaan.
b) http://www.sat-multimedia.hr/data/images/variations/content/4012.jpg
kod bar
kod bar dapat mempercepatkan yrusan jual beli kerana harga dan jenis barang dapat diketahui dengan hanya mengimbas kod pada mesin khas.

c) http://ketanserundeng.files.wordpress.com/2010/02/atm_machine1.jpg

mesin atm
pembeli tidak lagi perlu membawa wang tunai yang banyak semasa membeli-belah kerana pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad ATM,kad kredit dan MyKad (kad pengenalan pelbagai fungsi).



 Bentuk perniagaan
a.perniagaan barang
perniagaan barang ialah aktiviti menjual dan membeli barang seperti pakaian,kenderaan dan makanan.

b.perniagaan perkhidmatan
perniagaan perkhidmatan tidak melibatkan barang.Perniagaan ini menggunakan tenaga dan kepakaran sebagai asas perniagaan.Contohnya catering,khidmat mendobi dan ejen pelancongan.

Bidang Perkhidmatan Dan Contoh Perniagaan
               Bidang
 Contoh perniagaan
Agihan
Syarikat pengangkutan seperti kontena, lori, kurier, kapal dan bas
Khidmat nasihat
Khidmat pakar rinding hiasan dalaman, reka bentuk hiasan dalaman, pelukis pelan dan juruukur bahan
Perlindungan
Syarikat insurans , kawalan keselamatan dan PERKESO




Jenis perniagaan

         Perniagaan

Dalam negeri
Perniagaan antarabangsa
Runcit
Eksport
Borong
Import
                                
Enterpot


a.Perniagaan Dalam Negeri
perniagaan dalan negeri melibatkan aktiviti jual beli barang yang dihasilkan dalam negeriPerniagaan ini terbahagi kepada dua bahagian iaiti runcit dan borong.

b.Perniagaan Antarabangsa
Eksport , Import Dan Enterpot

Eksport:aktiviti menjual barang , perkhidmatam dan teknologi ke negara lain.
Import:aktiviti membeli barang , perkhidmatan dan teknologi dari negara lain
Entrepot:aktiviti mengekspotsemula barang yang diimport



1.Maksud Milikan Perniagaan
milikan perniagaan ialah bagaimana sesebuah perniagaan dimiliki.Pemilik perniagaan terlibat dalam kegiatan yang pelbagai seperti kegiatan pengeluar,pengagihan dan perkhidmatan.

2.Jenis Milikan Perniagaan
pemilikan perniagaan dibahagikan kepada beberpa jenis seperti milikan tunggal , perkongsian dan koperasi.



a.Milikan Tunggal

Go to fullsize image
Contohnya Uncle John Kopitiam

Perniagaan milikan tunggal paling banyak terdapat di Malaysia kerana mudah ditubuhkan dan senang dikendalikan.Contohnya seperti gambar di atas


Ciri-Ciri Milikan Tunggal
Ciri-ciri
Keterangan
Milikan
Dimiliki oleh individu secara bersendirian

Modal
Diperolehi daripada simpanan sendiri , pinjaman daripada ahli keluarga , kawan-kawan atau bank

Pengurusan
Pemilikan tunggal membuat semua dasar dan keputusan tentang perniagaannya

Pembentukan
Peniaga mendaftar perniagaan dengan PejabatPendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Liabiliti
Pemilik munanggung liabiliti yang tidak terhad
Agihan untung rugi
Pemilik sendiri menikmati semua keuntungan dan menanggung segala kerugian
Cukai
Peniga membayar cukai atas keuntungan yang diperolehi dan cukai pendapatan individu
Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal


Kelebihan
Kekurangan
Perniagaan ini mudah ditubuhkan

Kerugian perniagaan ditanggung oleh peniaga itu sendiri

Menggunakan modal yang kecil
Mempunyai liability tidak terhad

Peniaga bebas mengurus dan membuat keputusan tanpa dipengaruhi orang lain
Modal yang kecil dan terhad  menyukarkan peniaga mengambangkan perniagaan

Lokasi perniagaan berdekatan dengan kediaman pelanggan
Tiada pengkhususan


Keuntungan perniagaan dinikmati sendiri

Sukar mendapatkan pinjaman
Kredit kepada pelanggan


Galakan untuk bekerja keras



b.Perkongsian

http://jutawanemas.com/v1/wp-content/uploads/kedai_emas_poh_win.jpg
Contohnya Kedai Emas Poh Dan Win

Perniagaan perkongsian dijalankan bersama oleh dua orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Jenis perniagaan inidapat diketahui dan dikenali melalui papan tanda perniagaan.


Ciri-Ciri Perkongsian

Ciri-ciri
Keterangan
Milikan

Perkongsian adalah gabungan perniagaan oleh 2 hingga 20 orang
Modal
Modal diperolehi daripada sumbangan
Pengurusan
Pekongsian aktif merupakan pekongsian yang terlibat secara langsung dalam mengawal, mengurus dan mentadbir perjalanan sesuatu perniagaan
Pembentukan
Suatu  perjanjian yang dipanggil Surat Ikatan Perkongsian perlu dibuat antara semua perkongsian yang terlibat. Perniagaan perkongsian didaftarkan dengan Pandaftar Perniagaan Liabiliti tidak berhad

Liabiliti
Dalam perkongsian biasa, setiap pekongsi menanggung liabiliti tidak terhad. Dalam perkongsian berhad, pekongsi menanggung liabiliti setakat jumlah modal
yang telah dilaburnya sahaja. Tetapi mesti ada seorang pekongsi yang menanggung liabiliti tidak terhad

Agihan untung rugi
Keuntungan dalam perniagaan dibahagikan kepada setiap ahli kongsi. Ahli kongsi akan menanggung segala hutang perniagaan

Cukai
Setiap ahli kongsi yang mendapat keuntungan dikenakan cukai pendapatan





   Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian

Kelebihan
Kekurangan

Rakan kongsi dapat menyumbangkan modal yang besar

Kewujudannya tidak terjamin; boleh dibubarkan bila-bila masa
Senang ditubuhkan
Bagi pekongsi biasa; liabilitinya tidak terhad

Pekongsi boleh menanggung kerugian bersama

Kemungkinan pengumpulan modal masih kecil kerana ahli maksimum hanya 20 orang

Pengukusan boleh diamalkan
Keputusan seorang ahli yang tidak bijak akan melibatkan semua rakan kongsinya

Kadar cukai rendah
Perselisihan faham kemungkinan besar berlaku
Banyak idea dapat disambungkan oleh setiap ahli
Liabiliti  tidak terhad



c.Koperasi
Go to fullsize image
Contohnya Koperasi SMK SINAR BINTANG
Koperasi ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk menjaga kepentingan. Barang keperluan dijual dan perkhidmatan serta kemudahan disediakan untuk ahli dengan harga berpatutan.


                       
 Ciri-Ciri Koperasi


Ciri-ciri
Keterangan
Milikan
Pemilikan koperasi terdiri daripada ahli yang membeli saham koperasi

Modal
Modal diperoleh daripada penjual saham kepada ahlinya. Modal dalam koperasi juga diperoleh daripada yuran masuk dan yuran bulanan

Pengurusan
Koperasi ditadbir oleh suatu lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Lembaga pengarah akan menggubal dasar, membuat perancangan dan menetapkan matlamat sesebuah koperasi

Pembentukan
Koperasi didaftar dengan ketua pendaftar koperasi
Liabiliti
Liabiliti pemegang saham adalah terhad

Agihan untung rugi
Keuntungan yang diperoleh dibahagikan kepada ahlinya dalam bentuk dividen. Pemegang saham hanya akan mengalami kerugian berdasarkan jumlah wang yang dilaburkan 

Cukai
Dikecualikan daripada cukai









     Kelebihan Dan Kekurangan Koperasi


Kelebihan
Kekurangan
Menjaga kebajikan ahli- ahlinya

Modal perniagaan bergantung kepada saham ahli
Kewujudannya kekal

Perniagaan sukar dibubarkan
Liabiliti pemegang saham adalah terhad 

Kebolehan untuk mengurus dan mantadbir terhad
Setiap ahli atau pemegang  saham berdak untuk mengundi


Keuntungan diberi kepada ahli dalam bentuk dividen dan bonus



*KALAU COPY DAN PASTE KELUARLAH GAMBARNYA
*ADJUSTLAH SENDIRI