BAB 3
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
NAMA:MUHAMMAD RIDHWAN BIN SODIN
GURU:PUAN ZULAIKHA BT ABDULLAH
KELAS:1 KUFAH
SUBJEK:KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
ISI KANDUNGAN
1-PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN
2-PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN MASA
DEPANNYA
2.1-SISTEM PERNIAGAAN DAN SEKARANG
2.2-PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI
MALAYSIA
3-BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN
4-MILIKAN PERNIAGAAN
4.1-MAKSUD MILIKAN PERNIAGAAN
4.2-JENIS MILIKAN PERNIAGAAN
Keperluan dan kehendak
Keperluan ialah barangan asas yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan.Antara keperluan manusia ialah pendidikan,pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan.
Kehendak ialah pelengkap kepada keperluan asas supaya manusia dapat hidup dengan lebih selesa.Contoh kehendak manusia ialah telefon mudah alih,alat pendinging udara dan kereta mewah
PERBEZAAN ANTARA KEPERLUAN DAN KEHANDAK
Keperluan | Kehendak |
Amat penting untuk meneruskan hidup | Dikehendaki untuk keselesaan hidup |
Terhad dan sama bagi semua individu | Tidak terhad dan sukar untuk dipenuhi kesemuanya |
Tanpa keperluan asas,individu tidak akan dapat meneruskan kehidupan | Individu masih dapat maneruskan kehidupan walaupun kehendaknya tidak dipenuhi |
PERNIAGAAN
Pernigaan melibatkan aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Kepentingan perniagaan kepada Individu,Masyarakat dan Negara
Kepentingan perniagaan kepada individu,masyarakat dan Negara adalah seperti berikut:-
1.Memenuhi keperluan dan kehendak individu,masyarakat dan Negara
2.Membaiki taraf hidup individu dan masyarakat
3.Menyediakan peluang kerjaya
4.mengeratkan hubungan antara bangsa
Perkembangan perniagaan berubah dari semasa ke semasa.Perubahan ini berlaku selara dengan perkembangan dalam bidang pernigaan dan kemajuan teknologi.
Sistem Perniagaan Dahulu Dan Sekarang :-
1)Sistem Barter
Pernigaan yang menukarkan barang dengan barang yang lain untuk penuhi keperluan
a)Masalah
i. kemahuan tidak serentak
ii. sukar tentukan nilai pertukaran
iii. sukar untukmembahagi sesuatu barang
iv. sukar untuk membawa barang ke merata-ratatempat untuk ditukar
v. barang mudah rosak seperti sayur,buah dan ikan
Contoh sistem barter
2)Sistem Wang
Kelemahan yang timbul dalam system barter telah menyebabkan sistem wang diperkenalkan.Wang emas dan perak sukar untuk dibawa ke mana sahaja.Oleh,itu sistem wang diperkenalkan.
Wang mempunyai sifat seperti berikut:-
a) Diterima umum
b) Tahan lama
c) Nilai yang stabil dan tetap
d) Senang dikenali
e) Mudah dibahagi
f) Mudah dibawa
g) Mudah disimpan
h) Serupa dan mempunyai bentuk piawaian
i) Sukar didapati atau diganti kerana tidak
boleh dibuat sendiri
contoh wang
3)Alat Pembayaran Perniagaan Masa Kini
a)
kad kredit
Pemilik kad kredit boleh membeli barang tanpa menggunakan wang tunai.
b)
cek
Cek dikeluarkan oleh bank kepada pemegang akaun semasa.
c)
kad prabayar
kad prabayar ialah kad yang telah dibayar terledbih dahulu dengan nilai tertentu.
d)
kad pintar
kad pintar ialah kad plastik yang cilekatkan dengan sekeping cip komputer.
e)
pembayaran elektronik [e-pay]
e-pay ialah suatu sistem pembayaran bil yang boleh dibuat di mana-mana sekiranya terdapat kemudahan internet.
4)Cara Jualan Masa Kini
a)tunai
urus niaga tunai ialah jua beli yang dilakukan secara tunai.
b)sistem barter berasaskan wang
perniagaan sistem barter pada masa kini berasaskan mata wang dan perjanjian perdagangan.Contohnya negara kita mengeksport gas asli ke Jepun untuk mendapatkan jentera berat sebagai pertukaran .
c)jualan kredit
jualan kredit membolehkan pelanggan membeli barang dan perkhidmatan dengan menangguhkan bayaran ke suatu tempoh ke suatu tempoh tertentu.
d)sewa beli
pembeli boleh menggunakan barang yang dibeli dengan hanya membayar wang pendahuluan dan menandatangani suatu perjanjian sewa beli.Pembeli akan membayar secara ansur-ansur sehingga habis baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
e)mesin peruncit automatik
mesin peruncit automatik ialah mesin jualan tunai yang dijalankan secara automatik.Ianya diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai.
f)pesanan mel
pesanan mel ialah perniagaan yang diuruskan melalui perkhidmatan pos dan perkhimatan kurier.
g)jual melalui internet
penjual boleh menjual sesuatu barang atau perkhidmatan melalui internet.
h)prabayar
bayaran dibuat terlebih dahulun sebelum atau selepas membuat pesanan.
Perniagaan Masa Akan Datang Di Malaysia:-
Bentuk perniagaan pada masa akan datang mempunyai ciri-ciri saperti berikut:-
1.Lebih menyenangkan pelanggan
2.Lebih cepat dan tepat
3.Cara pembayaran lebih mudah
a)
urus niaga melalui computer
memudahkan pengguna dalam urusan perniagaan.
b)
kod bar
kod bar dapat mempercepatkan yrusan jual beli kerana harga dan jenis barang dapat diketahui dengan hanya mengimbas kod pada mesin khas.
c)
mesin atm
pembeli tidak lagi perlu membawa wang tunai yang banyak semasa membeli-belah kerana pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad ATM,kad kredit dan MyKad (kad pengenalan pelbagai fungsi).
a.perniagaan barang
perniagaan barang ialah aktiviti menjual dan membeli barang seperti pakaian,kenderaan dan makanan.
b.perniagaan perkhidmatan
perniagaan perkhidmatan tidak melibatkan barang.Perniagaan ini menggunakan tenaga dan kepakaran sebagai asas perniagaan.Contohnya catering,khidmat mendobi dan ejen pelancongan.
Bidang | Contoh perniagaan |
Agihan | Syarikat pengangkutan seperti kontena, lori, kurier, kapal dan bas |
Khidmat nasihat | Khidmat pakar rinding hiasan dalaman, reka bentuk hiasan dalaman, pelukis pelan dan juruukur bahan |
Perlindungan | Syarikat insurans , kawalan keselamatan dan PERKESO |
Dalam negeri | Perniagaan antarabangsa |
Runcit | Eksport |
Borong | Import |
Enterpot |
a.Perniagaan Dalam Negeri
perniagaan dalan negeri melibatkan aktiviti jual beli barang yang dihasilkan dalam negeriPerniagaan ini terbahagi kepada dua bahagian iaiti runcit dan borong.
b.Perniagaan Antarabangsa
Eksport , Import Dan Enterpot
Eksport:aktiviti menjual barang , perkhidmatam dan teknologi ke negara lain.
Import:aktiviti membeli barang , perkhidmatan dan teknologi dari negara lain
Entrepot:aktiviti mengekspotsemula barang yang diimport
1.Maksud Milikan Perniagaan
milikan perniagaan ialah bagaimana sesebuah perniagaan dimiliki.Pemilik perniagaan terlibat dalam kegiatan yang pelbagai seperti kegiatan pengeluar,pengagihan dan perkhidmatan.
2.Jenis Milikan Perniagaan
pemilikan perniagaan dibahagikan kepada beberpa jenis seperti milikan tunggal , perkongsian dan koperasi.
a.Milikan Tunggal
Contohnya Uncle John Kopitiam
Perniagaan milikan tunggal paling banyak terdapat di Malaysia kerana mudah ditubuhkan dan senang dikendalikan.Contohnya seperti gambar di atas
Ciri-Ciri Milikan Tunggal
Ciri-ciri | Keterangan |
Milikan | Dimiliki oleh individu secara bersendirian |
Modal | Diperolehi daripada simpanan sendiri , pinjaman daripada ahli keluarga , kawan-kawan atau bank |
Pengurusan | Pemilikan tunggal membuat semua dasar dan keputusan tentang perniagaannya |
Pembentukan | Peniaga mendaftar perniagaan dengan PejabatPendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia |
Liabiliti | Pemilik munanggung liabiliti yang tidak terhad |
Agihan untung rugi | Pemilik sendiri menikmati semua keuntungan dan menanggung segala kerugian |
Cukai | Peniga membayar cukai atas keuntungan yang diperolehi dan cukai pendapatan individu |
Kelebihan Dan Kekurangan Milikan Tunggal
Kelebihan | Kekurangan |
Perniagaan ini mudah ditubuhkan | Kerugian perniagaan ditanggung oleh peniaga itu sendiri |
Menggunakan modal yang kecil | Mempunyai liability tidak terhad |
Peniaga bebas mengurus dan membuat keputusan tanpa dipengaruhi orang lain | Modal yang kecil dan terhad menyukarkan peniaga mengambangkan perniagaan |
Lokasi perniagaan berdekatan dengan kediaman pelanggan | Tiada pengkhususan |
Keuntungan perniagaan dinikmati sendiri | Sukar mendapatkan pinjaman |
Kredit kepada pelanggan | |
Galakan untuk bekerja keras |
b.Perkongsian
Contohnya Kedai Emas Poh Dan Win
Perniagaan perkongsian dijalankan bersama oleh dua orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Jenis perniagaan inidapat diketahui dan dikenali melalui papan tanda perniagaan.
Ciri-Ciri Perkongsian
Ciri-ciri | Keterangan |
Milikan | Perkongsian adalah gabungan perniagaan oleh 2 hingga 20 orang |
Modal | Modal diperolehi daripada sumbangan |
Pengurusan | Pekongsian aktif merupakan pekongsian yang terlibat secara langsung dalam mengawal, mengurus dan mentadbir perjalanan sesuatu perniagaan |
Pembentukan | Suatu perjanjian yang dipanggil Surat Ikatan Perkongsian perlu dibuat antara semua perkongsian yang terlibat. Perniagaan perkongsian didaftarkan dengan Pandaftar Perniagaan Liabiliti tidak berhad |
Liabiliti | Dalam perkongsian biasa, setiap pekongsi menanggung liabiliti tidak terhad. Dalam perkongsian berhad, pekongsi menanggung liabiliti setakat jumlah modal yang telah dilaburnya sahaja. Tetapi mesti ada seorang pekongsi yang menanggung liabiliti tidak terhad |
Agihan untung rugi | Keuntungan dalam perniagaan dibahagikan kepada setiap ahli kongsi. Ahli kongsi akan menanggung segala hutang perniagaan |
Cukai | Setiap ahli kongsi yang mendapat keuntungan dikenakan cukai pendapatan |
Kelebihan Dan Kekurangan Perkongsian
Kelebihan | Kekurangan |
Rakan kongsi dapat menyumbangkan modal yang besar | Kewujudannya tidak terjamin; boleh dibubarkan bila-bila masa |
Senang ditubuhkan | Bagi pekongsi biasa; liabilitinya tidak terhad |
Pekongsi boleh menanggung kerugian bersama | Kemungkinan pengumpulan modal masih kecil kerana ahli maksimum hanya 20 orang |
Pengukusan boleh diamalkan | Keputusan seorang ahli yang tidak bijak akan melibatkan semua rakan kongsinya |
Kadar cukai rendah | Perselisihan faham kemungkinan besar berlaku |
Banyak idea dapat disambungkan oleh setiap ahli | Liabiliti tidak terhad |
c.Koperasi
Contohnya Koperasi SMK SINAR BINTANG
Koperasi ditubuhkan oleh sekumpulan individu untuk menjaga kepentingan. Barang keperluan dijual dan perkhidmatan serta kemudahan disediakan untuk ahli dengan harga berpatutan.
Ciri-Ciri Koperasi
Ciri-ciri | Keterangan |
Milikan | Pemilikan koperasi terdiri daripada ahli yang membeli saham koperasi |
Modal | Modal diperoleh daripada penjual saham kepada ahlinya. Modal dalam koperasi juga diperoleh daripada yuran masuk dan yuran bulanan |
Pengurusan | Koperasi ditadbir oleh suatu lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Lembaga pengarah akan menggubal dasar, membuat perancangan dan menetapkan matlamat sesebuah koperasi |
Pembentukan | Koperasi didaftar dengan ketua pendaftar koperasi |
Liabiliti | Liabiliti pemegang saham adalah terhad |
Agihan untung rugi | Keuntungan yang diperoleh dibahagikan kepada ahlinya dalam bentuk dividen. Pemegang saham hanya akan mengalami kerugian berdasarkan jumlah wang yang dilaburkan |
Cukai | Dikecualikan daripada cukai |
Kelebihan Dan Kekurangan Koperasi
Kelebihan | Kekurangan |
Menjaga kebajikan ahli- ahlinya | Modal perniagaan bergantung kepada saham ahli |
Kewujudannya kekal | Perniagaan sukar dibubarkan |
Liabiliti pemegang saham adalah terhad | Kebolehan untuk mengurus dan mantadbir terhad |
Setiap ahli atau pemegang saham berdak untuk mengundi | |
Keuntungan diberi kepada ahli dalam bentuk dividen dan bonus |
*KALAU COPY DAN PASTE KELUARLAH GAMBARNYA
*ADJUSTLAH SENDIRI